Reblogged : أربعة مشاكل وأربعة حلول

Empat Masalah dan Jalan Penyelesaiannya

1- Jika Engkau diuji dengan Syahwat dan hawa Nafsu, maka periksalah Sholatmu.

Firman Allah bermaksud: “Maka datang sesudah mereka suatu keturunan yang mereka telah melalaikan sholat dan memperturutkan Syahwat hawa Nafsunya” [Q.S. Maryam: 59]

إذا ابتُليت بالشهوات فراجع حفاظك على الصلوات
{فَخَلَفَ مِن بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلَاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ}

2- Jika Engkau merasa keras hati, berakhlak buruk, dan sentiasa tidak berasa tenang, maka periksalah hubunganmu dengan ibumu dan baktimu kepadanya.

Firman Allah bermaksud: “Dan (Dia jadikan aku) berbakti kepada ibuku, dan Dia tidak menjadikan aku seorang yang sombong lagi celaka” [QS. Maryam: 32]

إذا أحسست بالقسوة وسوء الخلق والشقاء وعدم التوفيق
فراجع علاقتك وبرك بأمك
{وَبَرًّا بِوَالِدَتِي وَلَمْ يَجْعَلْنِي جَبَّارًا شَقِيًّا}

3- Jika Engkau merasa tertekan dan hidup dalam kesempitan, maka Periksalah hubunganMu dengan Al-Qur’an.

Firman Allah bermaksud: “Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku (Al-Qur’an-berdzikir), maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit” [Q.S. Thaha: 124]

إذا شعرت بالإكتئاب والضيق والضنك في العيش
فراجع علاقتك بالقرآن
{وَمَنْ أَعْرَضَ عَنْ ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنكًا}

4- Jika Engkau merasa kurang tegar dan teguh di atas kebenaran dan sentiasa rasa terganggu dan berasa gelisah, Maka periksalah bagaimana perhatianmu terhadap nasihat yang engkau dengar dari orang2 yang menyampaikan Nasihat kepadamu.

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya kalau mereka melaksanakan pengajaran yang diberikan kepada mereka, tentulah hal yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih menjadikan Iman mereka menjadi TEGUH” [Q.S. Annisa: 66]

إذا أحسست بعدم الثبات على الحق والإضطراب
فراجع تنفيذك وفعلك لما تسمعه من المواعظ
{وَلَوْ أَنَّهُمْ فَعَلُواْ مَا يُوعَظُونَ بِهِ لَكَانَ خَيْراً لَّهُمْ وَأَشَدَّ تَثْبِيتاً }

Sungguh, Allah telah baik. Selalu baik. Aku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung. Ampun dan Cinta-Mu.

Depok, 23 Juli 2015